Gila talak kah aku?

Demn..miss her so much~
Bila dah angau pelik camni mula la aku terbayangkan detik-detik manis bersama..biasanya 'dia' akan teman aku tiap kali aku pegi balik keja, gi makan la, pegi berpoya-poya la..pendek kata ke mana aku pegi mesti ade 'die'..tapi bile dah 'dia' takde ni, memang terasa la kehilangan tu..emm..skang ni 'dia' ada kat perak maybe bulan depan la kot ada peluang nak jumpa 'dia'..kena la balik perak kalau macam tu.. aku pun satu bengong, boleh plak 'lepaskan' dia camtu aje..

Tetiba jer semangat rock leleh aku mula menyelubungi jiwa
Tambah syahdu bila aku dengar lagu rock kapak macam lagu "Laksamana - Gugurnya Bunga Cinta", "WOW - Kau Yang Satu", "Search- Fantasia Bulan Madu" dan macam-macam lagi la lagu-lagu bisa menusuk kalbu..Bukan hape, sumenye buat aku mengimbau memori silam bersama 'dia'..
BTW, aku kena berfikiran positif coz perpisahan ni hanya sementara jer..sampai masa dia kompem kembali padaku..masalahnya bila?
My City@AGU5885 - bukan gambar sebenar
p/s : Ni la akibat angau tak ingat dekat satu-satunya awek aku - Siti@City, yang aku pinjamkan kat mak aku suh pakai..~ Haih..korang pikir aku gila talak sangat ke?haha..
Blog Archive
My Blog List
-
A new life with a new hope....12 years ago
-
idop lepas kawen13 years ago
-
Keretaku buat hal lagi14 years ago
-
Mesyuarat Agung....17 years ago
-
Hanya Kamu Macha17 years ago
-
1 comments:
ko mmg giler weyh..muahaha<- gelak cara plg keji
Post a Comment