Bakat Dapur

Kali ni aku nak story sket bakat terpendam aku yang tiba-tiba muncul kembali menjelangnya ramadhan. Nak dijadikan cite time aku balik umah weekend baru-baru ni, aku tengokla mak aku berhempas pulas menyediakan juadah berbuka seawal pukul 2 petang. maklumla anak kesayangan dia nak balik KL malam tu, so kasi can sket makan sedap-sedap sebelum dia balik and kembali dapat title derhaka coz tak reti-reti balik umah dah..So dipendekkan cite mak aku nak wat kuih karipap ngan cucur udang untuk hidangan sampingan. Sebagai anak yang soleh dan taat pada ibubapa, aku pun meng-offerkan diri tolong mak aku wat kuih. Memandangkan membuat dan menggoreng cucur udang terlalu mudah bagi seorang yang berbakat, aku pun reject dengan alasan nak buat karipap yang tentunya lebih mencabar jiwa raga. Tanpa berlengah lagi, aku pun menguli tepung dengan penuh kasih sayang, mendesign karipap citarasa aku sendiri. Sia-sia anak dara seperti aku tak mempraktikkan bakat dapur yang lama terpendam untuk membuat something yang special especially karipap. Diserikan dengan design karipap yang menarik bertatahkan inti daging, semestinya sajian berbuka kali ini pasti mengujakan seisi keluarga. Marvellous!

Setelah 1 jam melepak kat dapur melempiaskan skills yang ada, akhirnya siaplah karipap-karipap yang sedia digoreng. Aku menghantar 4 design karipap aku untuk bertandingan merebut gelaran karipap paling best abad ini dengan satu-satunya pencabar tunggal terulung - mak aku sendiri. Adakah aku mampu merebut gelaran yang dipegang mak aku selama ini? Adakah kehalusan seni yang terukir pada karipap jadi kayu pengukur kualiti sesebijik karipap? Adakah kenikmatan yang jelas terasa selepas aktiviti menggoreng juga mampu menepis rekabentuk yang sofistikated (betoi ka aku sebut and eja ni?) . Jawapannya ada disini.





*sapa nak order boleh start order skang..



Sebagai hasilnya korang boleh tengok gambar yang aku letak skali dalam entry nie, menarik kan? Kompem la kena gelak ngan mak aku..Heh, tu la eksen sangat..karipap dah tak macam kuih karipap dah..Dah rupe macam kuih pau, kuih ketayap ngan kuih cok keria (donut) pun ada..tapi karipap design cok keria tu kena reject awal-awal ngan mak aku coz tak boleh sumbat inti..so munasabah la kalau design tu tak termasuk dalam top 3 design kuih karipap tercantik ciptaan aku seperti yang ditonjolkan dalam gambar. Kesimpulannya, kalau tak reti wat karipap tu simpan jer la tangan korang tu dalam poket seluar..mak korang mesti gelak kat korang punya tengok anak tangan pengkaq~

11 comments:

Anonymous said...

muahahaha....
giler hodoh ko punya karipap...

membazir tepung je....ngeh3

tgz said...

demn..kecik ati aku ko cakap camtu..walaupun buruk still ada sentimental value..ceewah

nurish said...

ini karipap penuh kasih sayang ko pernah wat? mmg xde perikemanusiaan lgsung

buku sekolah said...

sila rujuk buku "TEKNIK MENGULI KARIPAP SOPHISTICATED FOR DUMMIES" page 3242 perenggan doblas.

tgz said...

aku sebenarnya terer tapi tak nak la derhaka kat mak aku...korang nak mak aku sumpah aku jadi playstation 3 ke?

Anonymous said...

weyh...suh mak ko sumpah jadik keta honda civic arr..

sekurang2nya ak bole tumpang naik...ngeh3

tgz said...

kalo aku jadik civic, ko tumpang..sape nak bawak?

Anonymous said...

ak la bwk...muahahahah

agen kerete said...

yg honda city ko nye tu kete atas sumpahan mak ko ke?

tgz said...

tu jiran aku yang kene sumpah..parking keta block pintu pagar umah

Anonymous said...

x kisah la cam mana rupanya.. asal rajin ke dapur.. org lain x tentu lagi boleh buat karipap
-n.aisyah-

Blog Archive