Camouflage
Bila takde keja nak buat ini la hasil dia..koya konon nak jadi director filem..ekceli ada angan-angan tu dulu bila tengok cite melayu macam sampah, terbaka tengok cite gempak dari barat..jom merapu sket..
Camouflage..cite arahan aku dalam fantasi bergenrekan drama/aksi dan seram..mengisahkan pengorbanan seorang lelaki bernama Faizal (Azwin Tanggam) dalam memajukan perniagaan nasik lemak majikannya, Ayu (Rachel Weisz)..Kehadiran bekas majikannya, Mazlin (Angelina Jolie) yg juga pemegang perniagaan terbesar nasik lemak lembah kelang membuat hidupnya kembali tunggang langgang..Trauma dan beberapa siri insiden yg melanda mula mengubah persepsi dan kepercayaan Faizal terhadap perniagaan nasik lemak yang dirasakan sebelum ini amat menguntungkan sehingga tempias dan kerugiannya dirasai Ayu..
Camouflage..seironi tajuknya, Faizal harus memilih samada berubah untuk menyelamatkan dirinya dengan menceburi bidang percetakan batik atau berubah untuk mengadaptasikan dirinya dengan persaingan kotor dunia perniagaan nasik lemak..
Apakah yang akan berlaku kepada Ayu dan pelanggan nasik lemaknya yang berjumlah 1.2 juta? Apakah dengan penceburan Faizal dalam arena perniagaan batik bermakna dia enggan peduli pergolakan dunia perniagaan nasi lemak yang dihadapi Ayu? Tontoni di pawagam berhampiran anda walaupun anda dah pun mengetahui kesudahannya..
Turut menampilkan 328 watak berbeza lakonan Tom Hanks sebagai pelanggan setia nasik lemak dan Ruminah Sidek sebagai 'entiti jahat' yang menghasut memberikan impak berkesan dalam elemen seram tanahair..
Macam lahanat storyline..nak bajek 40 juta macam Dr Rozmey gak la..
Blog Archive
My Blog List
-
A new life with a new hope....12 years ago
-
idop lepas kawen13 years ago
-
Keretaku buat hal lagi14 years ago
-
Mesyuarat Agung....17 years ago
-
Hanya Kamu Macha17 years ago
-
0 comments:
Post a Comment